Archives

K-POP, HIBURAN YANG MENGHIBURKAN ATAU OBSESI YANG MERACUNI?

kpop

Sebut sahaja Korea, pasti ternganga mulut-mulut anak muda kita terutama anak-anak gadis kita. Pelbagai gambaran bermain di fikiran mereka dan yang menjuarai senarai gambaran itu tidak lain tidak bukan K-Pop dan artis-artisnya. Apabila bersembang dengan adik-adik yang lebih muda, mereka pasti teruja bilamana saya katakan saya merupakan graduan daripada korea dan menuntut ilmu disana selama 5 tahun. Soalan pertama yang mereka akan tanyakan pada saya kebiasaannya adalah, “akak pernah jumpa atau terserempak tak dengan artis korea disana?”. Melihat pada soalan adik-adik ini, dapat saya tafsirkan betapa hiburan terutamanya K-Pop ini bertakhta dalam hati mereka.

Tidak saya nafikan, korea juga telah mendapat tempat dihati saya. Manakan tidak, disanalah saya mengenal diri saya yang selama ini terpinga-pinga mencari erti hidup. Di korea jugalah saya mula menghargai dan mencintai islam yang saya anuti dan saya warisinya daripada kedua orang tua. Setiap pelajar Malaysia dikorea mahu tidak mahu pasti akan diperkenalkan dengan K-Pop dan artis-artisnya kerana itu semua merupakan sebahagian daripada bahan-bahan bantuan mengajar guru-guru disana. Para guru atau kami panggil mereka dengan panggilan “sonseang-nim” menggalakkan kami untuk mendengar lagu-lagu korea dan menonton rancangan-rancangan korea dengan alasan agar kami dapat belajar dan menguasai bahasa korea dengan baik. Secara tidak langsung sebenarnya K-Pop telah mencuri tempat dalam rutin hidup kami.

sudoh, guane nok keluor gini???

sudoh, guane nok keluor gini???

Lama kelamaan jiwa ini terasa kosong, seakan-akan ada yang tidak kena. Apabila mendirikan solat atau melakukan ibadah yang lainnya seakan tiada penghayatan, hilang rasa khusyuk. Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang merasa demikian tetapi beberapa orang rakan yang lain turut merasainya. Mulai detik itu, kami rasakan yang kami perlu lakukan sesuatu. Bukan sahaja untuk kebaikan kami, malah untuk kebaikan rakan-rakan yang lain. Kami mulakan dengan halaqah kecil-kecilan untuk membaca surah yasin diikuti dengan tazkirah ringkas setiap hari khamis bergilir-gilir dikalangan kami. Begitulah kami diperkenalkan dengan tarbiyah yang mana daripada halaqah yang biasa-biasa kepada usrah yang lebih bermatlamat bersilibus bersama beberapa aktiviti ruhaniah lain yang lebih mengisi jiwa-jiwa kami. Daripada situ, kami memperolehi kekuatan untuk meninggalkan k-pop dan artis-artisnya sedikit demi sedikit sehingga k-pop tidak lagi menguasaijiwa kami.

Tidak salah untuk berhibur, tetapi pastikan hiburan yang kita pilih itu menepati garis panduan syariat. Apabila hiburan itu telah membuatkan kita melanggar batas syariat dan melalaikan kita daripada melakukan tiap-tiap suruhan ALLAH dengan sebaik-baiknya, bagi saya itu bukan lagi HIBURAN akan tetapi satu OBSESI yang meracuni akal fikiran kita di luar kesedaran kita. Carilah hiburan yang menambahkan ingatan dan kecintaan pada ALLAH, Rasulullah dan agama yang kita anuti. Jangan biarkan k-pop yang kita tidak fahami tiap bait katanya kita sebut-sebutkan tiap masa akan tetapi perbanyakkanlah zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah. Terkadang bait kata lagu-lagu k-pop yang kita dendangkan itu secara tidak kita sedari boleh mencabut iman-iman dihati kita semua dan lebih parah membatalkan akidah!! Ampunilah kami wahai Yang Maha Pengampun.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada ALLAH dan taatlah kepada Rasul ALLAH, dan JANGANLAH kamu BATALKAN AMAL-AMAL kamu! (Muhammad 47:34)

Bersediakah Anda?

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini ramai saudara mara, sahabat handai dan senior-senior yang mendirikan rumah tangga yang lebih suka ana panggil baitul muslim. Dan majoritinya boleh dikatakan masih muda dan ada juga yang masih belum menamatkan pelajaran. Mabruk alaikum atas keberanian kalian untuk mendirikan rumah tangga di masa muda yang selalunya ramai yang merasa rugi utk bersuami isteri di waktu muda kerana merasakan hidup terkekang dgn bernikah muda. BarakALLAHu lakum, moga baitul muslim kalian terus menerus dilimpahi barakah oleh ALLAH bukan sahaja didunia tapi sampai ke syurgaNYA.

Setiap kali kita ingin berpindah dari satu fasa ke fasa yang lain, persediaan rapi ke fasa baru memainkan peranan yang sangat penting agar diri kita tetap utuh berdiri menghadapi setiap fenomena baru yang tidak pernah dirasai di fasa sebelumnya. Mana mungkin kita dapat bertahan lama di musim sejuk yang suhunya negatif tanpa menyediakan baju sejuk yang tebal, ‘hot pack’, dan juga ‘heater’ di dalam rumah? Jangan ego, sekalipun berkira2 utk sediakan barang utk menghadapi musim sejuk, bila terasa terlalu sejuk kita pasti akan meminjam baju sejuk kawan ataupun kerumah kawan yang ber’heater’ utk memanaskan badan!

Dalam mempersiapkan diri, setiap orang punya cara tersendiri. Ada yang langkah demi langkah dan ada juga yang bersedia ala kadar asalkan bersedia. InsyaALLAH, mereka yang teliti dan berfikir panjang pasti akan memilih langkah demi langkah berbanding ala kadar agar alam baru yang akan ditempuh dpt dihadapi dengan baik lagi sabar. Sunnatullah bayi sebelum merangkak akan meniarap dahulu dan sebelum berdiri bejalan akan merangkak terlebih dahulu.Cuba bayangkan, jika bayi dari meniarap terus hendak berdiri. Pasti akan jatuh berkali-kali dan akan luka sana luka sini. Bukan sahaja bayi, kita yang dewasa ini pun andai buat perkara yang sama pasti merasa sakit.  Maksud dari analogi ini adalah, utk lebih selamat menghadapi fasa baru buatlah persediaan langkah demi langkah agar bila di alam baru nanti kita tidak terlalu ‘culture shock’ hingga timbul dihati ingin kembali ke fasa lama dgn berjuta sesalan di hati.

Tersenyum sendiri mengingatkan kembali suara2 kenalan rapat yang meminta utk mencarikan teman hidup yang soleh sedangkan ana ini bukanlah sesiapa. Tapi ana selalu mengingatkan mereka juga diri yang kerdil ini agar menjadi terlebih dahulu sebelum mencari. Yakin dengan janji ALLAH dalam surah annur yang menyatakan perempuan yang baik adalah utk laki-laki yang baik begitu juga sebaliknya. Jangan terlalu gelojoh dan tergesa-gesa.Do it step by step. Solehahkan diri dahulu andai ingin didampingi oleh yang soleh. Baiki diri dari masa ke masa kerana masa itu sebahagian daripada rawatan. Andai sekarang pemarah, cuba didik diri jadi sabar. Andai rasa serba tak cukup, didik diri bersifat qanaah. Andai pemalas, berubah menjadi rajin. Andai sekarang suka benci orang itu orang ini, didiklah diri bersifat penuh kasih sayang. Sekadar pembacaan tidak akan mampu utk diubah diri melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.Cuba praktikkan akhlak mulia ini dengan orang sekeliling seperti ibu, ayah, adik-beradik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang muhrim dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH. Ya, pada mulanya canggung dan rasa susah utk buang ego. Tetapi insyaALLAH benda yang dibuat berulang-ulang dengan penuh sabar lagi ikhlas lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Oh ya jangan dilupakan doa pada ALLAH agar dikurniakan jodoh yang soleh. Tiba masa yang sesuai, disaat diri betul-betul bersedia biznillah ALLAH akan kurniakan pasangan hidup yang kita idam-idamkan dan sesuai dengan diri kita. Yakinlah!:)

Yang paling dekat dengan manusia adalah kematian. Tidak akan lambat sesaat mahupun cepat sesat. Besediakah ana dan juga anda semua utk dijemput ke alam barzakh? Pasti ramai yang kata tidak. Disana sini kita mendengar khabar kematian tapi apakah persediaan kita utk dijemput malaikat maut??

Hijrah tiada nilai tanpa pengorbanan

Sudah 14 hari kita melangkah ke tahun baru 1432hijrah. Jadi bagaimana kehidupan kita di tahun baru ini? adakah sama seperti tahun2 yang lalu atau tidak? Adakah perancangan dan azam tahun baru kita berjalan seperti yang dirancangkan?Andai soalan ini kita dapat jawab dengan jawapan ya alhamdulillah. Tapi andai tidak, mari kita muhasabah kembali dan mencari di mana dia titik atau batu penghalang yang mengaburi dan mengganggu perjalanan hijrah kita.

Tazkirah ringkas usai solat subuh di rumah sahabat ana farah(Inha) semalam mendetikkan hati ana untuk menulis entry kali ini setelah hampir 2 bulan lebih tidak menulis. Tajuk kami ringkas namun isinya masyaALLAH padat dan menyentuh hati2 yang inginkan pengislahan dalam kehidupan iaitu hijrah. Dalam banyak2 point yang kami bincangkan bersama, point yang paling memikat hati ana dan membuatkan ana terfikir adalah point dari sahabat ana farah^^. Hijrah itu pengorbanan!!!.

Setiap kali tiba 1 muharram, lagu maal hijrah dendangan kumpulan al-ajiba selalu berkumandang di radio2 dan selalu meniti bibir setiap umat islam di Malaysia. Part yang menjadi highlight adalah “Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan~”.  Daripada lagu ini, tahulah kita bahawa pengorbanan itulah titik tolak bagi sesebuah penghijrahan.

Nah, inilah dia penyelesaian bagi mereka2 yang gagal menggerakkan penghijran mereka iaitu PENGORBANAN. Mana mungkin seseorang itu dapat berhijrah tanpa sebuah pengorbanan. Mari kita imbas kembali sirah penghijrahan Rasulullah SAW bersama umat islam dari Makkah ke Madinah. Mereka sanggup berkorban meninggalkan tanah air mereka sendiri utk kebaikan diri dan islam yang mereka cintai sepenuh hati. Contoh untuk realiti hari ini, Si A azam tahun baru hijrahnya adalah ingin menjadi seorang muslim yang lebih tersusun urusannya dan lebih menghargai masa. Jadi si A ini sanggup mengorbankan gamenya yang sgt seronok seperti PES dan seumpamanya( xtahu sangat game2 ni) demi lebih menghargai nikmat masa kurniaan ALLAH SWT. Andai si A tidak sanggup mengorbankan masa bermain game dan melakukan perkara yang lebih berfaedah sudah tentu gagallah penghijrahan si A.

Ya, tidah mudah untuk berkorban kerana ianya memerlukan sifat mujahadah yang bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa atau hangat2 taik ayam bak kata pepatah melayu. Kerana tidak mudahlah nilai orang2 yang berjaya dalam penghijrahannya sangat tinggi di sisi ALLAH SWT! Mahukah kamu menjadi hamba-hamba ALLAH yang tinggi nilainya? Sudah tentu! Jadi berkorbanlah!!! Demi sebuah penghijrahan menuju alam yang kekal abadi dan moga ALLAH SWT menggolongkan kita semua dalam golongan mereka yang berjaya(masuk ke jannahNYA dan melihat wajahNYA) ALLAHUAKBAR!!!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk’09

Alhamdulillah,segala puji hanya utk ALLAH SWT kerana walaupun penuh cabaran dan dugaan,akhirnya JUMS’09 berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Kerjasama yang baik antara KiMS,KUK,ISMA dan Unimap telah menghasilkan program yang bermanfaat dan mengikat ukhuwwah antara pelajar2 Malaysia di Korea tanpa mengira umur atau batch dan sebagainya. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan JUMS’09. Manisnya ukhuwwah yang disulam dan disimpulkan hanya keranaNYA. Ku harap ukhuwwah antara kita seakan untaian tasbih,ada awalnya tapi tiada akhirnya…Ukhwah fillah abadan abada. Uhibbuki lillahi ta’ala. “We share a Dream” dan insyaALLAH moga bertemu lagi dalam JUMS’10.

Ada Apa Dengan Dakwah?

Lama sungguh tidak menulis di blog. Kesibukan yang menyelubungi diri tidak mengizinkan blog ini diupdate selalu tapi saya ambil kesempatan yang mana sempat nak update blog ni. Kita selalu dengar ayat “Ada apa dengan cinta”kan?Mai kita ubah perkataan cinta tu kepada dakwah. Saya bukanlah orang yang arif untuk berbicara tentang dakwah manakan tidak baru setahun jagung mengenal dan mempelajari apa itu dakwah. Walaupun demikian, disebabkan satu soalan yang terkeluar dari mulut ajoshi(pakcik) teksi di Gapyeong tu membuka hati ini untuk berbicara soal”dakwah”. Saya jumpa pakcik tu masa di gapyeong, naik teksi dia bersama2 dengan aina men’survey’ tempat utk JMS(winter camp)tahun ni.Pergi ke greencamp dan balik semula menuju ke stesen keretapi dengan menaiki teksi pakcik tu. Baik orangnya sebab dia bagi diskaun utk bayaran teksi tu. Mana ada teksi bg diskaun sebelum ni. Nak dijadikan cerita, sembang punya sembang tiba-tiba keluar soalan yang x disangka-sangka(soalan kenapa pakai tudung,x panas ke pakai tudung da biasa….)”kalau dalam islam,buat kerja2 dakwah ni dapat duit x?”saya pon sejujurnya menjawab”x dapat pakcik….”,”abis tu dapat apa???”….ha…apa ye jawapan saya agaknya?…jeng2..x terjawab sebab hangugo(bahasa korea) bila jawab bab agama ni mmg kureng cket(lgpun,1st time kene soalan sebegitu)…tp soalan tu sebenarnya da mengetuk fikiran dan jiwa saya kembali memuhasah diri. Rasa bersalah sebenarnya sebab x menjawab soalan pakcik tu. Lepas ni kene mantapkan hangugo lagi. Yang paling penting,kenapa libatkan diri dengan “dakwah”??? Saya tahu x semua tahu apa dakwah itu sebenarnya ataupun bila dengar je perkataan ni rasa janggal. Kebiasaanya org hanya memandang tugas dakwah itu hanya buat mereka yang bergelar ustaz mahupun ustazah.  Tetapi hakikatnya tidak sebegitu..Firman ALLAH SWT.

“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (3:110)

Dalam Al-Quran disebutkan perkataan”amal ma’ruf,nahi mungkar”. Saya pasti semua pernah dengar perkataan ni semasa dibangku sekolah tidak kiralah aliran agama atau tidak. Jadi tidak dinyatakan dalam Al-Quran golongan yg bergelar ustaz ustazah sahaja yg diberi lesen utk menjalankan amal ma’ruf nahi mungkar. Sebenarnya tugas ini adalah suatu tuntutan buat semua yang bergelar muslim,sayangnya cuma segelintar golongan sahaja yang menyedari hakikat ini.Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadith baginda yang berbunyi:

“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan perkataan taghyir yang bermaksud mengubah perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah kemungkaran daripada berlaku. Rasulullah SAW juga mengajar kita cara beramar makruf nahi mungkar dengan cara yang tertib, cara yang penuh berhikmah. Siapa yang mampu mengubah mungkar dengan tangannya,ubahlah dengan tangan. Andai tidak mampu, gunakanlah lidahmu. Kalau tak mampu guna lidah senjata terakhir adalah hati tapi itulah selemah-lemah iman. Sekarang kita sudah ada asas apa itu apa amar makruf nahi mungkar atau shortformnya dakwah dan sebenarnya dalam dakwah itu sendiri ada seninya. Tapi saya rasa ini bukanlah masanya utk berbicara soal seni dakwah sebab saya pun masih dalam proses menuntut ilmu.

Berbalik kepada soalan ajoshi teksi tadi.”dalam islam kalau x dpt duit buat kerja dakwah ni dapat ape?”. Mantap soalan ajoshi ni. Matlamat kita selepas hidup hanya ada satu yang kita kena pilih dari dua pilihan yang telah ALLAH sediakan. Syurga ataupun neraka. For sure kalau tanya soalan nak pi syurga ke neraka semua jawab “syurga!!!”. Tapi apa usaha kita nak ke syurga yang indah nian dan penuh dengan nikmat x terkira? Ia x semudah membilang satu dua tiga dan memetik jari.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (3:142)

Macam nak hadapi peperiksaan, kita sebagai pelajar besungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk memastikan kita berjaya dengan cemerlang. Begitu juga insan yang bergelar hamba ALLAH, dia akan berusaha bersungguh-sungguh hingga ke akhir hayat berjihad fi sabilillah dengan harapan dirinya ditempatkan di syurga dengan rahmat ALLAH SWT. Jadi di mana usaha kita??? WALLAHUa’lam.

Pesan Tok.

100_0282

Lama sungguh blog ana ni x diupdate.Sebab desktop tinggal kat korea x boleh dibawa pulang.Kalau ada kesempatan sahaja ana meminjam laptop umi untuk online walaupun sekejap.Kesempatan kali ini lebih lama dari biasa jadi ana mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog.Sebenarnya ana baru balik dari rumah pakcik ana di changlun Kedah melawat tok dan baba ana yang sudah lama ana x jenguk.Baba ana semakin hari semakin kurus namun baba tabah menghadapi sakit yang dideritai.Tok pon bukannya berapa sihat tapi tok masih menggagahkan diri melakukan semua urusan hariannya.Ana sangat kagum dengan semangat tok ana menghadapi kehidupan didunia yang fana ini.Tok ana x pernah jemu menasihati dan memberi pesanan-pesanan berharga buat anak2 dan cucunya.Terharu ana melihat kegigihan tok ana menjaga baba sebaik mungkin.Utuhnya kasih sayang mereka.Banyak benda yang ana dpt sepanjang berada disana walaupun hanya seminggu.Ana nampak semua contoh wanita solehah dalam diri tok ana yang boleh ana ambil buat panduan diri.Selalu tok ingatkan,”amrah,solat awal waktu!jgn lalai dalam solat…amrah,bangun malam qiamullail walaupun sat ja.amrah,kat mana hang ada sekalipun,solat jgn tinggal Al-Quran jgn lupa baca,selalu doakan kesihatan tok dan baba dalam keadaan sihat…”..Banyak lagi sebenarnya pesanan tok.InsyaALLAH tok amrah ingat semua pesan tok.Satu lagi pengalaman best,belajar masak laksam tok.Sedap sangat alhamdulillah.Lepas ni nak blaja masak nasi kerabu tok pula insyaALLAH.Moga cuti sahabat2  sekalin bermakna!^^ameen…

Jalinan ukhwah yang mengasyikkan

Penat juga pergi camp rupanya.Tapi penat itu penat yang berbaloi.Mana tidaknya banyak ilmu baru dan pengalaman yang sangat-sangat berharga diperolehi.Bermula dengan sejarah islam kemudian shahadatul haq diikuti dengan sayonara jahiliyyah sehinggalah 10 muwasafat tarbiyah dan 7 maratib amal.semua ilmu yang diperolehi ini bagi saya sangatlah berharga kerana melalui ilmu ini saya dan rakan2 lain dapat mengenali diri danmengetahu tanggungjawab diti sebagai seorang muslim.Kebanyakan muslim termasuk saya pada mulanya sekadar islam pada nama tapi setelah mengikuti winter camp ini saya akhirnya sedar yang saya tidak sepatutnya menjadi seorang islam hanya pada nama.Saya tidak mahu menadi seorang muslim hanya pada nama dan ingain menjadi seorang muslim keseluruhannya insyaALLAH.Dan saya juga berharap sahabat-sahabat saya yang mengikuti camp juga begitu.Dan pengalaman paling berharga adalah ukhwah antara sahabat.Entah mengapa di winter camp kali ini,ikatan ukhwah itu terasa manis dan mengasyikkan.Tak pernah saya rasakan begitu.Mungkin akhirnya saya sedar bahawa andainya ikatan ukhwahyang dibina itu atas dasar fisabilillah(kerana ALLAH) perasaan manis dan asyik menyelebungi hati.Perasaan yang indah dan tenang.Ya ALLAH,kukuhkanlah Ikatan akidah antara kami…rahmatilah dan redhailah tali persahabaan antara kami.Kerana kami mengikat ikatan ukhwah ini hanya kerana mu Ya ALLAH.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)

~Surah Al-Hujrat 49:10

Ukhwah

Ukhwah