Secebis Dugaan dari ALLAH.

Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri. Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:

” Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

 

Jadi,sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT  tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri. Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH  dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:1_686906820l

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)

Advertisements

8 thoughts on “Secebis Dugaan dari ALLAH.

  1. Salam susungguhnya aku jua tidak pernah terlepas dari ujiaNya.Namun aku bersabar kerana aku yakin bahawa Allah itu maha adil setiap apa yang terjadi ada hikmah. Jika kita tengok sesuatu perkara itu tidak tepat untuk kita tetapi itu semua adalah yang terbaik untuk kita. makanya hendaklah kita melihat dengan pandangan mata hati.

  2. dugaan yg ku lalui sekarang ini lebih mendekatkan aku kepadaNYA ..tapi jujurnya , aku ini begitu lemah
    dan sentiasa bermohon dan berharap agar semua ini berakhir dgn segera. lemah dan tidak berdaya rasanya
    tp di gagahi juga demi anak2. .Ya ALLAH ..ILHAMKANLAH DAKU SUPAYA AKU BERSYUKUR AKAN NIKMAT MU YG ENGKAU KURNIAKAN KPDA KU DAN KEDUA IBU BAPAKU, DAN SUPAYA AKU TETAP BERAMAL SOLEH YG ENGKAU REDHAI DAN MASUKKANLAH DAKU DGN LIMPAH RAHMATMU DLM KUMPULAN HAMBA2 MU YG SOLEH..

  3. Saya doakan supaya lalina terus tabah~ teruskan bersabar kerana ALLAH sediakan ganjaran yg sgt besar buat hamba2NYA yg terus bersabar hingga berjaya. Anda adalah orang2 yang dipilih oleh ALLAH utk menghadapi ujian ini dan tergolong dalam golongan yang ALLAH rahmati iaitu golongan yang sentiasa dalam kesabaran. PAsti ada hikmahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s