Hijrah tiada nilai tanpa pengorbanan

Sudah 14 hari kita melangkah ke tahun baru 1432hijrah. Jadi bagaimana kehidupan kita di tahun baru ini? adakah sama seperti tahun2 yang lalu atau tidak? Adakah perancangan dan azam tahun baru kita berjalan seperti yang dirancangkan?Andai soalan ini kita dapat jawab dengan jawapan ya alhamdulillah. Tapi andai tidak, mari kita muhasabah kembali dan mencari di mana dia titik atau batu penghalang yang mengaburi dan mengganggu perjalanan hijrah kita.

Tazkirah ringkas usai solat subuh di rumah sahabat ana farah(Inha) semalam mendetikkan hati ana untuk menulis entry kali ini setelah hampir 2 bulan lebih tidak menulis. Tajuk kami ringkas namun isinya masyaALLAH padat dan menyentuh hati2 yang inginkan pengislahan dalam kehidupan iaitu hijrah. Dalam banyak2 point yang kami bincangkan bersama, point yang paling memikat hati ana dan membuatkan ana terfikir adalah point dari sahabat ana farah^^. Hijrah itu pengorbanan!!!.

Setiap kali tiba 1 muharram, lagu maal hijrah dendangan kumpulan al-ajiba selalu berkumandang di radio2 dan selalu meniti bibir setiap umat islam di Malaysia. Part yang menjadi highlight adalah “Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan~”.  Daripada lagu ini, tahulah kita bahawa pengorbanan itulah titik tolak bagi sesebuah penghijrahan.

Nah, inilah dia penyelesaian bagi mereka2 yang gagal menggerakkan penghijran mereka iaitu PENGORBANAN. Mana mungkin seseorang itu dapat berhijrah tanpa sebuah pengorbanan. Mari kita imbas kembali sirah penghijrahan Rasulullah SAW bersama umat islam dari Makkah ke Madinah. Mereka sanggup berkorban meninggalkan tanah air mereka sendiri utk kebaikan diri dan islam yang mereka cintai sepenuh hati. Contoh untuk realiti hari ini, Si A azam tahun baru hijrahnya adalah ingin menjadi seorang muslim yang lebih tersusun urusannya dan lebih menghargai masa. Jadi si A ini sanggup mengorbankan gamenya yang sgt seronok seperti PES dan seumpamanya( xtahu sangat game2 ni) demi lebih menghargai nikmat masa kurniaan ALLAH SWT. Andai si A tidak sanggup mengorbankan masa bermain game dan melakukan perkara yang lebih berfaedah sudah tentu gagallah penghijrahan si A.

Ya, tidah mudah untuk berkorban kerana ianya memerlukan sifat mujahadah yang bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa atau hangat2 taik ayam bak kata pepatah melayu. Kerana tidak mudahlah nilai orang2 yang berjaya dalam penghijrahannya sangat tinggi di sisi ALLAH SWT! Mahukah kamu menjadi hamba-hamba ALLAH yang tinggi nilainya? Sudah tentu! Jadi berkorbanlah!!! Demi sebuah penghijrahan menuju alam yang kekal abadi dan moga ALLAH SWT menggolongkan kita semua dalam golongan mereka yang berjaya(masuk ke jannahNYA dan melihat wajahNYA) ALLAHUAKBAR!!!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s