K-POP, HIBURAN YANG MENGHIBURKAN ATAU OBSESI YANG MERACUNI?

kpop

Sebut sahaja Korea, pasti ternganga mulut-mulut anak muda kita terutama anak-anak gadis kita. Pelbagai gambaran bermain di fikiran mereka dan yang menjuarai senarai gambaran itu tidak lain tidak bukan K-Pop dan artis-artisnya. Apabila bersembang dengan adik-adik yang lebih muda, mereka pasti teruja bilamana saya katakan saya merupakan graduan daripada korea dan menuntut ilmu disana selama 5 tahun. Soalan pertama yang mereka akan tanyakan pada saya kebiasaannya adalah, “akak pernah jumpa atau terserempak tak dengan artis korea disana?”. Melihat pada soalan adik-adik ini, dapat saya tafsirkan betapa hiburan terutamanya K-Pop ini bertakhta dalam hati mereka.

Tidak saya nafikan, korea juga telah mendapat tempat dihati saya. Manakan tidak, disanalah saya mengenal diri saya yang selama ini terpinga-pinga mencari erti hidup. Di korea jugalah saya mula menghargai dan mencintai islam yang saya anuti dan saya warisinya daripada kedua orang tua. Setiap pelajar Malaysia dikorea mahu tidak mahu pasti akan diperkenalkan dengan K-Pop dan artis-artisnya kerana itu semua merupakan sebahagian daripada bahan-bahan bantuan mengajar guru-guru disana. Para guru atau kami panggil mereka dengan panggilan “sonseang-nim” menggalakkan kami untuk mendengar lagu-lagu korea dan menonton rancangan-rancangan korea dengan alasan agar kami dapat belajar dan menguasai bahasa korea dengan baik. Secara tidak langsung sebenarnya K-Pop telah mencuri tempat dalam rutin hidup kami.

sudoh, guane nok keluor gini???

sudoh, guane nok keluor gini???

Lama kelamaan jiwa ini terasa kosong, seakan-akan ada yang tidak kena. Apabila mendirikan solat atau melakukan ibadah yang lainnya seakan tiada penghayatan, hilang rasa khusyuk. Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang merasa demikian tetapi beberapa orang rakan yang lain turut merasainya. Mulai detik itu, kami rasakan yang kami perlu lakukan sesuatu. Bukan sahaja untuk kebaikan kami, malah untuk kebaikan rakan-rakan yang lain. Kami mulakan dengan halaqah kecil-kecilan untuk membaca surah yasin diikuti dengan tazkirah ringkas setiap hari khamis bergilir-gilir dikalangan kami. Begitulah kami diperkenalkan dengan tarbiyah yang mana daripada halaqah yang biasa-biasa kepada usrah yang lebih bermatlamat bersilibus bersama beberapa aktiviti ruhaniah lain yang lebih mengisi jiwa-jiwa kami. Daripada situ, kami memperolehi kekuatan untuk meninggalkan k-pop dan artis-artisnya sedikit demi sedikit sehingga k-pop tidak lagi menguasaijiwa kami.

Tidak salah untuk berhibur, tetapi pastikan hiburan yang kita pilih itu menepati garis panduan syariat. Apabila hiburan itu telah membuatkan kita melanggar batas syariat dan melalaikan kita daripada melakukan tiap-tiap suruhan ALLAH dengan sebaik-baiknya, bagi saya itu bukan lagi HIBURAN akan tetapi satu OBSESI yang meracuni akal fikiran kita di luar kesedaran kita. Carilah hiburan yang menambahkan ingatan dan kecintaan pada ALLAH, Rasulullah dan agama yang kita anuti. Jangan biarkan k-pop yang kita tidak fahami tiap bait katanya kita sebut-sebutkan tiap masa akan tetapi perbanyakkanlah zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah. Terkadang bait kata lagu-lagu k-pop yang kita dendangkan itu secara tidak kita sedari boleh mencabut iman-iman dihati kita semua dan lebih parah membatalkan akidah!! Ampunilah kami wahai Yang Maha Pengampun.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada ALLAH dan taatlah kepada Rasul ALLAH, dan JANGANLAH kamu BATALKAN AMAL-AMAL kamu! (Muhammad 47:34)

Bersediakah Anda?

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini ramai saudara mara, sahabat handai dan senior-senior yang mendirikan rumah tangga yang lebih suka ana panggil baitul muslim. Dan majoritinya boleh dikatakan masih muda dan ada juga yang masih belum menamatkan pelajaran. Mabruk alaikum atas keberanian kalian untuk mendirikan rumah tangga di masa muda yang selalunya ramai yang merasa rugi utk bersuami isteri di waktu muda kerana merasakan hidup terkekang dgn bernikah muda. BarakALLAHu lakum, moga baitul muslim kalian terus menerus dilimpahi barakah oleh ALLAH bukan sahaja didunia tapi sampai ke syurgaNYA.

Setiap kali kita ingin berpindah dari satu fasa ke fasa yang lain, persediaan rapi ke fasa baru memainkan peranan yang sangat penting agar diri kita tetap utuh berdiri menghadapi setiap fenomena baru yang tidak pernah dirasai di fasa sebelumnya. Mana mungkin kita dapat bertahan lama di musim sejuk yang suhunya negatif tanpa menyediakan baju sejuk yang tebal, ‘hot pack’, dan juga ‘heater’ di dalam rumah? Jangan ego, sekalipun berkira2 utk sediakan barang utk menghadapi musim sejuk, bila terasa terlalu sejuk kita pasti akan meminjam baju sejuk kawan ataupun kerumah kawan yang ber’heater’ utk memanaskan badan!

Dalam mempersiapkan diri, setiap orang punya cara tersendiri. Ada yang langkah demi langkah dan ada juga yang bersedia ala kadar asalkan bersedia. InsyaALLAH, mereka yang teliti dan berfikir panjang pasti akan memilih langkah demi langkah berbanding ala kadar agar alam baru yang akan ditempuh dpt dihadapi dengan baik lagi sabar. Sunnatullah bayi sebelum merangkak akan meniarap dahulu dan sebelum berdiri bejalan akan merangkak terlebih dahulu.Cuba bayangkan, jika bayi dari meniarap terus hendak berdiri. Pasti akan jatuh berkali-kali dan akan luka sana luka sini. Bukan sahaja bayi, kita yang dewasa ini pun andai buat perkara yang sama pasti merasa sakit.  Maksud dari analogi ini adalah, utk lebih selamat menghadapi fasa baru buatlah persediaan langkah demi langkah agar bila di alam baru nanti kita tidak terlalu ‘culture shock’ hingga timbul dihati ingin kembali ke fasa lama dgn berjuta sesalan di hati.

Tersenyum sendiri mengingatkan kembali suara2 kenalan rapat yang meminta utk mencarikan teman hidup yang soleh sedangkan ana ini bukanlah sesiapa. Tapi ana selalu mengingatkan mereka juga diri yang kerdil ini agar menjadi terlebih dahulu sebelum mencari. Yakin dengan janji ALLAH dalam surah annur yang menyatakan perempuan yang baik adalah utk laki-laki yang baik begitu juga sebaliknya. Jangan terlalu gelojoh dan tergesa-gesa.Do it step by step. Solehahkan diri dahulu andai ingin didampingi oleh yang soleh. Baiki diri dari masa ke masa kerana masa itu sebahagian daripada rawatan. Andai sekarang pemarah, cuba didik diri jadi sabar. Andai rasa serba tak cukup, didik diri bersifat qanaah. Andai pemalas, berubah menjadi rajin. Andai sekarang suka benci orang itu orang ini, didiklah diri bersifat penuh kasih sayang. Sekadar pembacaan tidak akan mampu utk diubah diri melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.Cuba praktikkan akhlak mulia ini dengan orang sekeliling seperti ibu, ayah, adik-beradik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang muhrim dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH. Ya, pada mulanya canggung dan rasa susah utk buang ego. Tetapi insyaALLAH benda yang dibuat berulang-ulang dengan penuh sabar lagi ikhlas lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Oh ya jangan dilupakan doa pada ALLAH agar dikurniakan jodoh yang soleh. Tiba masa yang sesuai, disaat diri betul-betul bersedia biznillah ALLAH akan kurniakan pasangan hidup yang kita idam-idamkan dan sesuai dengan diri kita. Yakinlah!:)

Yang paling dekat dengan manusia adalah kematian. Tidak akan lambat sesaat mahupun cepat sesat. Besediakah ana dan juga anda semua utk dijemput ke alam barzakh? Pasti ramai yang kata tidak. Disana sini kita mendengar khabar kematian tapi apakah persediaan kita utk dijemput malaikat maut??

Ada Kemahuan, Ada Jalan

A: Susahlah nak berubah! dan cuba banyak kali dah~

B: Si fulan tu memang cari pasal!ingat hebat sangat! ish~~

C: ok ke macam ni? ok ke macamtu? ikut jela cara orang lain~

Ya, manusia memang diciptakan dengan sifat keluh kesah. Apa ya punca sebenar penyakit keluh kesah ni? bila kita keluh kesah, marah, dan seumpamanya sedar atau tidak kita akan menarik nafas dalam2 dan akan melepaskannya sepuas-puasnya? Itu bermaksud ada sesuatu yang x kena dalam hati kita. Sebabnya bila lepaskan nafas kita sepuas-puasnya, kita juga berharap hilanglah semua keluh kesah itu dan puaslah hati kita. Jadi sahlah bahawa punca penyakit keluh kesah, marah, dengki seumpamanya adalah dari dalam hati kita. Rasanya semua sedia maklum dengan hadis nabi tentang hati:-

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     

Ada ke ubat untuk penyakit keluh kesah ni? Sudah tentu ada!. ALLAH yang ciptakan manusia dan sudah tentu ALLAH sediakan siap2 ubat untuk menyembuhkan penyakit hati manusia yang ubat tu para doktor pun x boleh cipta.  Jawapannya boleh kita jumpa didalam Al-Quran dan hadis nabi iaitu Apa yang ALLAH kalamkan buat kita(Al-Quran) dan apa yang Rasulullah SAW nukilkan buat kita( Hadisnya).

Tapi sayang seribu kali sayang, bila hati keluh kesah manusia selalu mencari ketenangan dengan suatu ketenangan yang sirna( bersifat seketika) dan itu menambahkan lagi keluh kesah dihatinya. Bila hati keluh kesah, yang dicarinya facebook, twitter untuk diluahkan. Dicarinya hiburan(lagu mahupun drama) yang sama sekali tidak membawa ingatannya pada ALLAH SWT. Kita lebih terikut cara orang lain secara sedar mahupun tidak berbanding cara yang telah ALLAH dan Rasulullah ajari kita.

 

[yaitu] orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ya, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Bila hati keluh kesah, beristighfarlah dengan bersungguh-sungguh~mungkin ada dosa yang telah kita lakukan yang membuatkan hati kita keluh kesah. Bila hati keluh kesah, lazimilah lidah kita ini dengan zikruLLAH serta selawat ke atas nabi.

Ingat! penyakit hati ini tiada siapa yang boleh ubati melainkan ALLAH SWT. Bawalah diri dihadapan ALLAH dengan penuh rasa kehinaan dan penuh harap di saat hati sakit. Menangislah sepuas-puasnya menagih keampunan dan rahmat ALLAH SWT agar hati kita dibersihkan dari segala dosa dan maksiat. Pohon juga agar ALLAH sentiasa memelihara hati kita tiap saat dan ketika dalam hidup ini. InsyaALLAH dengan izinNYA, tenteramlah hatimu.

Tepatlah kata orang tua kita, dimana ada kemahuan disitulah ada jalan. Mahu hati yang tenteram dan tenang, dihadapan kita ada beberapa jalan yng tersedia, tinggal kita sahaja yang memilihnya. Jalan yang membawa kebaikan mahupun jalan yang membawa keburukan.  Gunakanlah akal pemberian ALLAH dengan telus dan moga jalan yang dipilih itulah yang terbaik.

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (91: 8~10)


Seluas langitMU

langit Illahi

Tiap kali menatap langitMU,

Terdetik di benak kalbu,

Alangkah bahagianya aku andai jiwaku jua seluas langitMU,

Lantaran luasnya jiwa, tenanglah qalbi kurniaanMU,

kerna kekayaan jiwa pada tenang dan lapangnya hati,

Itulah kebahagian yang sebenarnya!

Menitits air mataku ini,

Tiap kali menghitung dosa-dosa yang tidak terhitung,

Dosa-dosa yang hitungannya seluas langitMU,

Mungkin jua lebih luas dari itu!!!

Menatap kembali kalimah cintaMU dan utusanMU,

KeampunanMU jauh lebih luas dari kemurkaanMU,

Indahnya cintaMU ya Rabb,

Mendamai jiwa mengusik qalbu.

KurniaanMU seluas langitmu,

Namun tiada balasan yang kau pinta dariku,

Hanya sebuah ketaatan.

Sungguh, ku cinta dan rindu padaMU,

kekalkanlah rasa ini dalam jiwaku,

Hingga pertemuan aku denganMU ya Rabbi,

Di JannahMU yg kekal abadi,

 

Uhibbuki fillah aidhon

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan,
kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh.
Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut
merasakannya dengan tetap berjaga dan demam.” (Muslim &
Ahmad). Andai kita sudah pernah merasai ukhuwwah hanya kerana Allah
SWT, kita jua akan merasai apa yg termaktub dalam hadith Rasulullah
SAW. kegembiraan sahabat kita merupakan kegembiraan kita, kesedihan
hati mereka jua merupakan kesedihan hati kita. Susah senang dalam
melayari bahtera dakwah diharungi bersama-sama dengan penuh rasa
berani dan berlapang dada. Tiada istilah dengki-mendengki mahupun
istilah terasa hati. Kerna ukhuwwah itu disulam dengan penuh
kesucian cinta pemberian ALLAH SWT, semangat perjuangan Rasulullah
SAW, rasa mahabbah dan sanggup berkorban demi Islam.
Para mujahid selalu sepi

Diperantauan yang jauh

Untuk menyampaikn mesej perjuangan

Tanpa beroleh ke belakang

Di dalam hati mereka

Terselit gangguan cinta

antara keluarga dan perjuangan

tapi hati mereka teguh laksana besi yang cair

Siapakah yang akan

menyambung perjuangan ini

Siapakah yang akan

menyucikan noda dan dosa

Siapa oh siapa

Bukankah tugas kita

Siapa oh siapa

Bukankah tugas kita

untuk generasi yang akan datang

Akan ku teruskan perjuangan ini

untukku pusakakan kepada

generasi di belakangku nanti

Oh tuhan berilah aku kekuatan

di mana pun ada ketenangan dan bahagia

Tak usah kau ragu dan bimbang

Tuhanmu tetap bersamamu

Tidak mungkin aku berdiam diri

untukmu umatmu yang tercinta

akan ku serahkan padamu tuhan

Tidakku berpaling ke belakang

Tidakku berpaling pada gangguan

::HADIAH DARI KAK LONG::

syukran jazilan wajazakumullahu khoiron kathira buat kak long dan ukhti2
ku~~kalian tiada galang gantinya buatku.. kehadiran dalam hidup
hamba ALLAH yang kerdil ini lebih menguatkan dan mematangkan diri
ini. Alhamdulillah atas segalanya*^^*

Hijrah tiada nilai tanpa pengorbanan

Sudah 14 hari kita melangkah ke tahun baru 1432hijrah. Jadi bagaimana kehidupan kita di tahun baru ini? adakah sama seperti tahun2 yang lalu atau tidak? Adakah perancangan dan azam tahun baru kita berjalan seperti yang dirancangkan?Andai soalan ini kita dapat jawab dengan jawapan ya alhamdulillah. Tapi andai tidak, mari kita muhasabah kembali dan mencari di mana dia titik atau batu penghalang yang mengaburi dan mengganggu perjalanan hijrah kita.

Tazkirah ringkas usai solat subuh di rumah sahabat ana farah(Inha) semalam mendetikkan hati ana untuk menulis entry kali ini setelah hampir 2 bulan lebih tidak menulis. Tajuk kami ringkas namun isinya masyaALLAH padat dan menyentuh hati2 yang inginkan pengislahan dalam kehidupan iaitu hijrah. Dalam banyak2 point yang kami bincangkan bersama, point yang paling memikat hati ana dan membuatkan ana terfikir adalah point dari sahabat ana farah^^. Hijrah itu pengorbanan!!!.

Setiap kali tiba 1 muharram, lagu maal hijrah dendangan kumpulan al-ajiba selalu berkumandang di radio2 dan selalu meniti bibir setiap umat islam di Malaysia. Part yang menjadi highlight adalah “Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan~”.  Daripada lagu ini, tahulah kita bahawa pengorbanan itulah titik tolak bagi sesebuah penghijrahan.

Nah, inilah dia penyelesaian bagi mereka2 yang gagal menggerakkan penghijran mereka iaitu PENGORBANAN. Mana mungkin seseorang itu dapat berhijrah tanpa sebuah pengorbanan. Mari kita imbas kembali sirah penghijrahan Rasulullah SAW bersama umat islam dari Makkah ke Madinah. Mereka sanggup berkorban meninggalkan tanah air mereka sendiri utk kebaikan diri dan islam yang mereka cintai sepenuh hati. Contoh untuk realiti hari ini, Si A azam tahun baru hijrahnya adalah ingin menjadi seorang muslim yang lebih tersusun urusannya dan lebih menghargai masa. Jadi si A ini sanggup mengorbankan gamenya yang sgt seronok seperti PES dan seumpamanya( xtahu sangat game2 ni) demi lebih menghargai nikmat masa kurniaan ALLAH SWT. Andai si A tidak sanggup mengorbankan masa bermain game dan melakukan perkara yang lebih berfaedah sudah tentu gagallah penghijrahan si A.

Ya, tidah mudah untuk berkorban kerana ianya memerlukan sifat mujahadah yang bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa atau hangat2 taik ayam bak kata pepatah melayu. Kerana tidak mudahlah nilai orang2 yang berjaya dalam penghijrahannya sangat tinggi di sisi ALLAH SWT! Mahukah kamu menjadi hamba-hamba ALLAH yang tinggi nilainya? Sudah tentu! Jadi berkorbanlah!!! Demi sebuah penghijrahan menuju alam yang kekal abadi dan moga ALLAH SWT menggolongkan kita semua dalam golongan mereka yang berjaya(masuk ke jannahNYA dan melihat wajahNYA) ALLAHUAKBAR!!!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

MencintaiMu

Cinta itu indah,

Kerna yang menciptanya jua indah,

Setiap yang diciptaMu jua dikurniakan cinta,

Melengkapi fitrah hamba-hambaMu,

Namun hambaMu sering terlupa,

Menyandarkan cinta kurnianMu hanya padaMU,

Kerna cinta padaMu tidak kenal erti kecewa,

Tiada istilah melelahkan mahupun menyakitkan,

Bahkan cinta padaMu itu hakiki,

Kekal harum menuju jannati,

Namun hambaMu ini terpesona,

Akan cinta duniawi,

Cinta kurniaanMu disandarkan pada bukan tempatnya,

Hingga mata dan hati ini buta,

Diri menjadi hamba pada nafsu durjana,

Yang batil menjadi haq,

Yang haq menjadi batil,

Dimanakah kewarasan akal?

Lenyap sudahkah keimanan dalam jiwa?

Pulanglah,pulanglah menuju cinta Illahi,

Jalan cintaNYA terbuka luas buat semua,

Yang ingin menyuci jiwa dan khauf padaNYA,

Hadirkan cintaNYA dalam jiwa,

Tenanglah hati,utuhlah diri,

Menghadapi setiap onak dan duri,

Hidup suburkanlah diri ini dengan cintaMU,

Setiap detik tiap waktu,

Hingga saat bertemu denganMU.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (o8:29)