Archives

Bait kata yang indah.

Hari ini dua post ana buat.Tengah2 study tadi tiba2 terjumpa video solat tahajjud dari Makkah yang diimamkan Sheikh Shuraim.Sebenarnya andai kita dalami bacaan Al-Quran sebenar-benarnya,boleh menitis air mata.Indah sungguh kalamullah.Sama-sama kita hayati.Ana post part 1 dan 2 sahaja,kalau nak sambungan silalah ke youtube.

Advertisements

Exam datang lagi.

1_121599822l[1]

Pejam celik pejam celik rupanya minggu depan peperiksaan akhir semester tiba.Yang pastinya majoriti pelajar tahun satu tidak kira pelajar universiti mahupun pelajar dytc menunggu saat-saat utk pulang ke tanah air.Lebih setahun sudah kita(batch 83)bermastautin di korea.Sahabat-sahabatku,jgn biarkan debaran untuk pulang ke Malaysia mengganggu fokus kita dalam mengulangkaji pelajaran utk exam minggu hadapan.Belajar sungguh-sungguh,jawab exam dgn tenang,istiqamah dalam berdoa dan bertawakal padaNYA.Perbetulkan niat kita menuntut ilmu lillahi ta’ala.Akhirulkalam,bittaufiq wannajah buat semua sahabat-sahabat,senior-senior dan junior-junior dalam menghadapi peperiksaan^^~.아자2 파이팅!!!(p/s: aza jangan perasan.ucapan ni untuk semua orang.:D)

oh adikku!!!

kasih sayang^^

kasih sayang^^

Adikku yg digelarkan sebagai isyqi(cintaku) pagi ini dikejarkan ke wad hospital tengku ampuan rahimah oleh cikgunya.Ini semua adalah gara-gara giginya yg membengkak dengan teruk menyebabkan pipinya besar sebelah!.aduhai kesian adik kesayangan ku.Tapi alhamdulillah isyqi masih boleh berkata-kata dengan baik.Ditelefon dengan nada bergurau aku katakan”hang ni mesti banyak ngumpat orang ni!!!”tetapi adikku membalas nada penuh hikmah,”hang ni,fitnah itu lebih buruk daripada membunuh!!!isy2 hang ni~”teguran yang sangat baik dari adikku buat diri ini yang terkadang lalai.Rindunya pada adik-adik yang jauh dimata tetapi tidak pernah jauh di hati.Doaku selalu moga mereka dalam keadaan sihat sejahtera,dipermudahkan dalam menuntut ilmu,sentiasa dalam rahmat Allah SWT.Maafkan diri ini seandainya pernah menyakiti hati2 kalian dan diri ini sangat menyayangi kalian!ILOVE YOU ALL MY SISTERS!!(maklumlah,adik beradik semua perempuan)Moga kami menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa kami dan moga kami menjadi muslimah sejati,InsyaALLAH!!!amin~

penghuni syurga adalah sebaik-baik muslim

Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
 

 huraian

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.