Tag Archive | hati

Ada Kemahuan, Ada Jalan

A: Susahlah nak berubah! dan cuba banyak kali dah~

B: Si fulan tu memang cari pasal!ingat hebat sangat! ish~~

C: ok ke macam ni? ok ke macamtu? ikut jela cara orang lain~

Ya, manusia memang diciptakan dengan sifat keluh kesah. Apa ya punca sebenar penyakit keluh kesah ni? bila kita keluh kesah, marah, dan seumpamanya sedar atau tidak kita akan menarik nafas dalam2 dan akan melepaskannya sepuas-puasnya? Itu bermaksud ada sesuatu yang x kena dalam hati kita. Sebabnya bila lepaskan nafas kita sepuas-puasnya, kita juga berharap hilanglah semua keluh kesah itu dan puaslah hati kita. Jadi sahlah bahawa punca penyakit keluh kesah, marah, dengki seumpamanya adalah dari dalam hati kita. Rasanya semua sedia maklum dengan hadis nabi tentang hati:-

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     

Ada ke ubat untuk penyakit keluh kesah ni? Sudah tentu ada!. ALLAH yang ciptakan manusia dan sudah tentu ALLAH sediakan siap2 ubat untuk menyembuhkan penyakit hati manusia yang ubat tu para doktor pun x boleh cipta.  Jawapannya boleh kita jumpa didalam Al-Quran dan hadis nabi iaitu Apa yang ALLAH kalamkan buat kita(Al-Quran) dan apa yang Rasulullah SAW nukilkan buat kita( Hadisnya).

Tapi sayang seribu kali sayang, bila hati keluh kesah manusia selalu mencari ketenangan dengan suatu ketenangan yang sirna( bersifat seketika) dan itu menambahkan lagi keluh kesah dihatinya. Bila hati keluh kesah, yang dicarinya facebook, twitter untuk diluahkan. Dicarinya hiburan(lagu mahupun drama) yang sama sekali tidak membawa ingatannya pada ALLAH SWT. Kita lebih terikut cara orang lain secara sedar mahupun tidak berbanding cara yang telah ALLAH dan Rasulullah ajari kita.

 

[yaitu] orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ya, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Bila hati keluh kesah, beristighfarlah dengan bersungguh-sungguh~mungkin ada dosa yang telah kita lakukan yang membuatkan hati kita keluh kesah. Bila hati keluh kesah, lazimilah lidah kita ini dengan zikruLLAH serta selawat ke atas nabi.

Ingat! penyakit hati ini tiada siapa yang boleh ubati melainkan ALLAH SWT. Bawalah diri dihadapan ALLAH dengan penuh rasa kehinaan dan penuh harap di saat hati sakit. Menangislah sepuas-puasnya menagih keampunan dan rahmat ALLAH SWT agar hati kita dibersihkan dari segala dosa dan maksiat. Pohon juga agar ALLAH sentiasa memelihara hati kita tiap saat dan ketika dalam hidup ini. InsyaALLAH dengan izinNYA, tenteramlah hatimu.

Tepatlah kata orang tua kita, dimana ada kemahuan disitulah ada jalan. Mahu hati yang tenteram dan tenang, dihadapan kita ada beberapa jalan yng tersedia, tinggal kita sahaja yang memilihnya. Jalan yang membawa kebaikan mahupun jalan yang membawa keburukan.  Gunakanlah akal pemberian ALLAH dengan telus dan moga jalan yang dipilih itulah yang terbaik.

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (91: 8~10)


Advertisements