Mumtaz!AllahuAkbar!!!

Selama seminggu menunggu bila la result STAM isyqi nak keluar ni. Akhirnya keluar jugak keputusannya harini. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-hambanya yang gigih berusaha. Adik ana mendapat pangkat mumtaz(cemerlang) dalam STAMnya~ mabruk sis^^ lastly u prove that u also can do it very well!!! Isyqi ni selalu “humble” dok kata dia x pandai la bla bla… tp sebenarnya dia mampu je buat secemerlang orang lain dan harinilah segala bukti telah menjelma. Kan aku da habaq kat hang!!!ㅋㅋㅋ..umi dan ayah dan seluruh keluarga mengucap syukur dan sangat gembira atas kejayaan isyqi… Isyqi dapat habuan buat lesen kereta daripada ayah. Jeles2^^; Hadiah aku kat hang??? rahsia2,tunggu aku balik malaysia…Sekarang adik ana dok giat berusaha memohon utk melanjutkan pelajarannya ke bumi Anbiya'(Mesir)..Doakan impian adik ana tercapai ye semua!!Ameen…Ketika ana dok gembira dengan kejayaan adik ana, rasa gembira ana x mampu melenyapkan sama sekali rasa risau dan bimbang pada sahabat ana Nur Nazihah yang kini di rawat di hospital. Ya ALLAH, Engkaulah Yang Maha berkuasa atas segala sesuatu. Kau pulihkanlah kembali kesihatan sahabatku Nur Nazihah seperti sediakala, sembuhkanlah dia dari sebarang kesakitan, lindungilah dan rahmatilah sahabatku, aku ingin melihat dia tersenyum riang seperti sediakala ya ALLAH, Engkaulah yang Maha penyembuh lagi Maha Menyembuhkan. Sahabat sekalian, jangan pernah berhenti memohon dan berdoa agar sahabat kita Nur Nazihah cepat sembuh…

Masa muda ana wa enta wa enti.

 

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu’adz bin Jabal radhiallahu Anhu]

Yup, ana mengaku ana masih muda. Enta dan enti juga muda dan kalau yang sudah melangkau usia tua juga pernah muda. Yang masih muda hari ini esok hari ke hari usia makin bertambah dan kalau dalam suratan Illahi usia kita panjang barulah kita akan melangkau usia tua. So what the matter sis? ha,muda lagila katakan bykla persoalannya. Jadi soalannya wahai pemuda pemudi sekalian(termasuklah ana yang dok tup tap tup tap menaip ni), selama kita muda atau dalam likungan muda ni, di mana masa kalian yang 24 jam melayang? Mungkin ada yang sungguh2 menuntut ilmu utk menggenggam segulung ijazah. Mungkin ada yg bagai nak rak bercinta i love u, u love me tanpa ikatan nikah. Mungkin ada yang suka duduk di rumah sahaja menghadap peti TV atau desktop atau laptop menonton rancangan2 hiburan yang penuh sensasi. Mungkin ada yang lebih suka meluangkan masa di luar ber’hang out’ dengan kawan2 menonoton wayang atau pun ‘clubbing’ dan seumpamanya.

Fuhh,banyaknya aktiviti muda mudi ni. Sangat seronok!!. Tapi jangan seronok sangat. Belum tentu rasa seronok tu boleh bawa kita menjejak kaki ke syurga. Nak lepas perbicaraan di mahkamah ALLAH di padang mahsyar kelak pon belum tentu lepas. “Who cares???” “hidup aku suka hati aku la nak buat apa aku suka!!!” “waktu muda ni kita kene cool je~”. Darah muda biasa la cepat je gelegak. “who cares?” jawabnya “ALLAH cares!!!”ingat malaikat ALLAH kiri kanan bahu x pernah lepa dok catit apa kita buat setiap masa. Suka hati la ye hidup sendiri, jadi esok kat padang mahsyar toksah dok rayu2 mintak ampun kat ALLAH bila dapat balasan belah tangan kiri sebab mahkamah kat padang mahsyar hakimnya ALLAH, suka hati ALLAH la nak bg keputusan apa kat kita. Ha,masa muda kene cool~ je eh, esok kat neraka dari hujung rambut sampai hujung kaki ‘Hot’ je da xde gune dah. Wahai diri dan rijal dan nisa’, jangan biar masa mudamu ditelan oleh kehendak hawa nafsu. Pandulah masa muda mu menurut imanmu yang sentiasa dipasakkan dan dikuatkan oleh kitabullah dan sunnah Rasulullah. Contohilah sebaik2 contoh siapa lagi kalau tidak Rasul kita nabi Muhammad SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia juga ahlul bait serta para sahabat baginda yang ditarbiyah dengan acuan Al-Quran dan As-sunnah. Moga masa muda kita yang diisi dengan iman dan taqwa menjadi salah satu aset berharga buat kita kelak untuk kita menjejakkan kaki ke syurga ALLAH SWT dengan rahmatNYA insyaALLAH.

Perjuangan yang tiada perhentian

Dahulu ku pernah berjanji padaMU,

Untuk setia hingga akhir nafasku,

Ku harungi setiap onak dan liku,

Gigih memikul beban dakwahMU,

Kerna ku percaya setiap kata janjiMU.

 

SyurgaMU tinggi nilainya buatku,

Istimewa buat mereka yang berjihad di jalanMU,

Menitis darah dan air mata menuju firdausiMU,

Menolak taghut yang berpaksikan kebatilan,

Indah dimata yang rindukan kenikmatan,

Tanpa menghirau dunia di penghujung jalan.

 

JalanMU berhias taqwa dan iman,

Berkumpulnya para syuhada hingga akhir zaman,

Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan,

Perjuangan fisabilillah yang tiada pehentian,

Hingga islam terpahat di hati setiap insan,

Luputlah kebatilan terpancarlah sinar iman.

-pagi yang hening-

-2010/01/06-

-1207pagi-

Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk’09

Alhamdulillah,segala puji hanya utk ALLAH SWT kerana walaupun penuh cabaran dan dugaan,akhirnya JUMS’09 berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Kerjasama yang baik antara KiMS,KUK,ISMA dan Unimap telah menghasilkan program yang bermanfaat dan mengikat ukhuwwah antara pelajar2 Malaysia di Korea tanpa mengira umur atau batch dan sebagainya. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan JUMS’09. Manisnya ukhuwwah yang disulam dan disimpulkan hanya keranaNYA. Ku harap ukhuwwah antara kita seakan untaian tasbih,ada awalnya tapi tiada akhirnya…Ukhwah fillah abadan abada. Uhibbuki lillahi ta’ala. “We share a Dream” dan insyaALLAH moga bertemu lagi dalam JUMS’10.

Sayang Abang^^~

urghh~bosan!

ape pandang2!

Tidur dengan nyenyak bersama sang katak~

Bila saya ckp saya sayang abang selalunya org akan tersalah paham sebab ingatkan abang itu seorang pemuda sebab saya ni anak sulung, jadi xde abang. Hari ni nak jelaskan pada semua yang tersalah paham. Abang itu adalah kucing peliharaan keluarga saya. Nama ni idea  ayahla sapa lagi!. Sebab kami adik beradik xde abang jadi ayah namakan dia “abang”. Seorang kucing yang gagah, hensem dan manja. Abang paling suka orang belai dia dengan kaki. Asal dapat je kaki sape2 mulalah dia telentangkan badan dia minta diusap dibelai dengan kaki tang perut. Seorang yang sangat protective.Saya x boleh lupa kisah ular masa balik summer lepas. Satu pagi tu saya, umi dan adik nak ke hospital Putrajaya sebab adik kene buat check-up. Sementara tunggu umi siap2, saya nak pi sidai baju kat luar tp abang x bagi saya keluar. Adik pun mengomel”awatla abang ni pelik sangat pagi ni!”. Bila saya nak bukak pintu depan rumah tu dia  halang sambil ‘meow’ dengan garangnya. Bila saya nak alihkan abg ke tepi dia cakar tangan saya!aduh…So x jadi keluar sidai baju. Pas umi da siap, marah abang dah reda dan dapatlah kami anak beranak keluar rumah. Bukak pintu tengok anak2 dan bini dia xda depan rumah(selalunya pagi2 sibuk tunggu depan pintu nak sarapan.) Baru nak start enjin kereta tiba2 jiran tetangga dok kecoh pasal ada ular sawa singgah betul2 depan rumah saya. Beberapa ketika baru ular tu beredar nak masuk semak. MasyaALLAH, patutla abang sungguh2 x bagi saya keluar rumah. Alhamdulillah…terima kasih abang!sayang abang!!!

Tapi hari ke hari abang semakin berumur dan da mula nyanyuk. Umi selalu mengadu abang la ni selalu buang air dalam rumah di luar sedar dia. Sedih dengar tapi tu la lumrah kehidupan ciptaan ALLAH SWT. Kita manusia pun akan mengalami lumrah hidup sedemikian. Dilahirkan ke dunia setelah 9 bulan dalam rahim ibu kemudian ke alam kanak2 dan hari demi hari melangkau ke alam remaja. Selepas itu kita akan berpindah ke frasa kedewasaan dan akhirnya berubanlah rambut kita(tua). Perasan x kalau kita perhatikan orang tua betul2, perangai mereka manja dan lemah seperti kejadian asal manusia(bayi).

 Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (36:68)

Mati itu adalah pasti buat semua yang bernyawa. Setelah berpisah roh dari jasad melangkaulah kita ke alam barzakh pula sehingga kita dihidupkan semula dengan tiupan sangkakala kedua utk dihimpunkan di padang mahsyar dan dihisab semua amalan kita sepanjang kita hidup di alam dunia.  Bersediakah kita utk menghadapi frasa2 yang masih belum kita hadapi dan akan kita hadapi bila waktunya WALLAHUa’lam. Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati. Ya ALLAH ya tuhan kami, hidupkanlah kami dalam keimanan,matikanlah kami dalam keimanan dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMU dengan rahmatMU Ya Rabbul ‘Izzati.

Ada Apa Dengan Dakwah?

Lama sungguh tidak menulis di blog. Kesibukan yang menyelubungi diri tidak mengizinkan blog ini diupdate selalu tapi saya ambil kesempatan yang mana sempat nak update blog ni. Kita selalu dengar ayat “Ada apa dengan cinta”kan?Mai kita ubah perkataan cinta tu kepada dakwah. Saya bukanlah orang yang arif untuk berbicara tentang dakwah manakan tidak baru setahun jagung mengenal dan mempelajari apa itu dakwah. Walaupun demikian, disebabkan satu soalan yang terkeluar dari mulut ajoshi(pakcik) teksi di Gapyeong tu membuka hati ini untuk berbicara soal”dakwah”. Saya jumpa pakcik tu masa di gapyeong, naik teksi dia bersama2 dengan aina men’survey’ tempat utk JMS(winter camp)tahun ni.Pergi ke greencamp dan balik semula menuju ke stesen keretapi dengan menaiki teksi pakcik tu. Baik orangnya sebab dia bagi diskaun utk bayaran teksi tu. Mana ada teksi bg diskaun sebelum ni. Nak dijadikan cerita, sembang punya sembang tiba-tiba keluar soalan yang x disangka-sangka(soalan kenapa pakai tudung,x panas ke pakai tudung da biasa….)”kalau dalam islam,buat kerja2 dakwah ni dapat duit x?”saya pon sejujurnya menjawab”x dapat pakcik….”,”abis tu dapat apa???”….ha…apa ye jawapan saya agaknya?…jeng2..x terjawab sebab hangugo(bahasa korea) bila jawab bab agama ni mmg kureng cket(lgpun,1st time kene soalan sebegitu)…tp soalan tu sebenarnya da mengetuk fikiran dan jiwa saya kembali memuhasah diri. Rasa bersalah sebenarnya sebab x menjawab soalan pakcik tu. Lepas ni kene mantapkan hangugo lagi. Yang paling penting,kenapa libatkan diri dengan “dakwah”??? Saya tahu x semua tahu apa dakwah itu sebenarnya ataupun bila dengar je perkataan ni rasa janggal. Kebiasaanya org hanya memandang tugas dakwah itu hanya buat mereka yang bergelar ustaz mahupun ustazah.  Tetapi hakikatnya tidak sebegitu..Firman ALLAH SWT.

“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (3:110)

Dalam Al-Quran disebutkan perkataan”amal ma’ruf,nahi mungkar”. Saya pasti semua pernah dengar perkataan ni semasa dibangku sekolah tidak kiralah aliran agama atau tidak. Jadi tidak dinyatakan dalam Al-Quran golongan yg bergelar ustaz ustazah sahaja yg diberi lesen utk menjalankan amal ma’ruf nahi mungkar. Sebenarnya tugas ini adalah suatu tuntutan buat semua yang bergelar muslim,sayangnya cuma segelintar golongan sahaja yang menyedari hakikat ini.Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadith baginda yang berbunyi:

“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan perkataan taghyir yang bermaksud mengubah perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah kemungkaran daripada berlaku. Rasulullah SAW juga mengajar kita cara beramar makruf nahi mungkar dengan cara yang tertib, cara yang penuh berhikmah. Siapa yang mampu mengubah mungkar dengan tangannya,ubahlah dengan tangan. Andai tidak mampu, gunakanlah lidahmu. Kalau tak mampu guna lidah senjata terakhir adalah hati tapi itulah selemah-lemah iman. Sekarang kita sudah ada asas apa itu apa amar makruf nahi mungkar atau shortformnya dakwah dan sebenarnya dalam dakwah itu sendiri ada seninya. Tapi saya rasa ini bukanlah masanya utk berbicara soal seni dakwah sebab saya pun masih dalam proses menuntut ilmu.

Berbalik kepada soalan ajoshi teksi tadi.”dalam islam kalau x dpt duit buat kerja dakwah ni dapat ape?”. Mantap soalan ajoshi ni. Matlamat kita selepas hidup hanya ada satu yang kita kena pilih dari dua pilihan yang telah ALLAH sediakan. Syurga ataupun neraka. For sure kalau tanya soalan nak pi syurga ke neraka semua jawab “syurga!!!”. Tapi apa usaha kita nak ke syurga yang indah nian dan penuh dengan nikmat x terkira? Ia x semudah membilang satu dua tiga dan memetik jari.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (3:142)

Macam nak hadapi peperiksaan, kita sebagai pelajar besungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk memastikan kita berjaya dengan cemerlang. Begitu juga insan yang bergelar hamba ALLAH, dia akan berusaha bersungguh-sungguh hingga ke akhir hayat berjihad fi sabilillah dengan harapan dirinya ditempatkan di syurga dengan rahmat ALLAH SWT. Jadi di mana usaha kita??? WALLAHUa’lam.

Bila Nikmat ALLAH Tidak Disyukuri.

Pagi tadi selepas menyudahkan bacaan mathurat saya terlena sebentar disejadah. Sejak kebelakangan ini cuaca yang amak sejuk memberi kesan kepada resdung yang saya hidapi(gen ayah). Dalam setengah jam kemudian saya terjaga kerana teman sebilik sedang sibuk menyiapkan diri untuk ke kelas. Celik saja mata sesuatu yang tidak terduga berlaku. Mata tiba2 jadi sangat kabur seakan-akan ada selaput putih yang menyeliputi mata. Nak baca tulisan buku pon x berapa nak nampak. Hati menjadi risau tapi selepas buat panggilan pada umi dan teringat kata2 tok saya pon ambil satu gayung air dan baca ayat2 syifa’. Siap semua saya cuci muka dan mata saya dengan air syifa’ tadi dan alhamdulillah semua kembali pulih sediakala. Astaghfirullah,adakah hari ini hamba tidak bersyukur padamu Ya Rabbi? Bayangkan mata jadi kabur pon kita da cuak apalagi kalau nikmat melihat itu ditarik terus oleh ALLAH. Terus gelap gelita dunia kita. Cuba kita bayangkan perasaan mereka yang x dapat melihat dunia dengan mata. Biasalah manusia, bila memiliki sesuatu disangkakan ianya milik abadi buatnya sampai kufur nikmat!!!  Bila dah xde baru meronta-ronta nak balik.Nauzubillah jangan sesekali biasakan. Ape yang perlu dibiasakan dalam hidup ini adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah, syukur pada mu Ya ALLAH atas segala nikmat yang dikurniakan buat kita. Faedahkan segala kurniaannya ke jalan yang diredhainya sebagai contoh mata melihat alam sekitar yang diciptakan indah olehNya bukan melihat perkara2 maksiat. Jangan jadi seperti kaum yahudi yang dahulunya diberi gelaran mulia bani israel,dikurniakan pelbagai nikmat tetapi akhirnya mereka kufur akan nikmat ALLAH dan menyembah selain ALLAH. Akhirnya ALLAH menarik gelaran mulia dari mereka dan mereka bukan lagi umat yang mulia dan bukan umat pilihan. Jadilah hambanya yang selalu bersyukur agar nikmat yang kita  peroleh itu diberkati olehNYA dan dilipat gandakan nikmat dan pahala buat kita. Moga nikmat yang banyak itu berkadar langsung dengan iman kita bukan berkadar sonsang.

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya? (28:60)