Archive | January 2012

Bersediakah Anda?

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini ramai saudara mara, sahabat handai dan senior-senior yang mendirikan rumah tangga yang lebih suka ana panggil baitul muslim. Dan majoritinya boleh dikatakan masih muda dan ada juga yang masih belum menamatkan pelajaran. Mabruk alaikum atas keberanian kalian untuk mendirikan rumah tangga di masa muda yang selalunya ramai yang merasa rugi utk bersuami isteri di waktu muda kerana merasakan hidup terkekang dgn bernikah muda. BarakALLAHu lakum, moga baitul muslim kalian terus menerus dilimpahi barakah oleh ALLAH bukan sahaja didunia tapi sampai ke syurgaNYA.

Setiap kali kita ingin berpindah dari satu fasa ke fasa yang lain, persediaan rapi ke fasa baru memainkan peranan yang sangat penting agar diri kita tetap utuh berdiri menghadapi setiap fenomena baru yang tidak pernah dirasai di fasa sebelumnya. Mana mungkin kita dapat bertahan lama di musim sejuk yang suhunya negatif tanpa menyediakan baju sejuk yang tebal, ‘hot pack’, dan juga ‘heater’ di dalam rumah? Jangan ego, sekalipun berkira2 utk sediakan barang utk menghadapi musim sejuk, bila terasa terlalu sejuk kita pasti akan meminjam baju sejuk kawan ataupun kerumah kawan yang ber’heater’ utk memanaskan badan!

Dalam mempersiapkan diri, setiap orang punya cara tersendiri. Ada yang langkah demi langkah dan ada juga yang bersedia ala kadar asalkan bersedia. InsyaALLAH, mereka yang teliti dan berfikir panjang pasti akan memilih langkah demi langkah berbanding ala kadar agar alam baru yang akan ditempuh dpt dihadapi dengan baik lagi sabar. Sunnatullah bayi sebelum merangkak akan meniarap dahulu dan sebelum berdiri bejalan akan merangkak terlebih dahulu.Cuba bayangkan, jika bayi dari meniarap terus hendak berdiri. Pasti akan jatuh berkali-kali dan akan luka sana luka sini. Bukan sahaja bayi, kita yang dewasa ini pun andai buat perkara yang sama pasti merasa sakit. ¬†Maksud dari analogi ini adalah, utk lebih selamat menghadapi fasa baru buatlah persediaan langkah demi langkah agar bila di alam baru nanti kita tidak terlalu ‘culture shock’ hingga timbul dihati ingin kembali ke fasa lama dgn berjuta sesalan di hati.

Tersenyum sendiri mengingatkan kembali suara2 kenalan rapat yang meminta utk mencarikan teman hidup yang soleh sedangkan ana ini bukanlah sesiapa. Tapi ana selalu mengingatkan mereka juga diri yang kerdil ini agar menjadi terlebih dahulu sebelum mencari. Yakin dengan janji ALLAH dalam surah annur yang menyatakan perempuan yang baik adalah utk laki-laki yang baik begitu juga sebaliknya. Jangan terlalu gelojoh dan tergesa-gesa.Do it step by step. Solehahkan diri dahulu andai ingin didampingi oleh yang soleh. Baiki diri dari masa ke masa kerana masa itu sebahagian daripada rawatan. Andai sekarang pemarah, cuba didik diri jadi sabar. Andai rasa serba tak cukup, didik diri bersifat qanaah. Andai pemalas, berubah menjadi rajin. Andai sekarang suka benci orang itu orang ini, didiklah diri bersifat penuh kasih sayang. Sekadar pembacaan tidak akan mampu utk diubah diri melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.Cuba praktikkan akhlak mulia ini dengan orang sekeliling seperti ibu, ayah, adik-beradik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang muhrim dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH. Ya, pada mulanya canggung dan rasa susah utk buang ego. Tetapi insyaALLAH benda yang dibuat berulang-ulang dengan penuh sabar lagi ikhlas lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Oh ya jangan dilupakan doa pada ALLAH agar dikurniakan jodoh yang soleh. Tiba masa yang sesuai, disaat diri betul-betul bersedia biznillah ALLAH akan kurniakan pasangan hidup yang kita idam-idamkan dan sesuai dengan diri kita. Yakinlah!:)

Yang paling dekat dengan manusia adalah kematian. Tidak akan lambat sesaat mahupun cepat sesat. Besediakah ana dan juga anda semua utk dijemput ke alam barzakh? Pasti ramai yang kata tidak. Disana sini kita mendengar khabar kematian tapi apakah persediaan kita utk dijemput malaikat maut??