Kerana aku jua seorang hawa…

muslimahA0

Aku jadi malu,

Tatkala sang hawa lupa akan sejarah silamnya,

Yang dahulu dicerca dihina,

Lahirnya hawa memalukan keluarga,

Lalu ditanam hidup-hidup tanpa soal tanya.

 

Aku jadi malu,

Tatkala hawa lupa untuk berkata syukur,

Setelah maruahnya diangkat oleh pesuruhNYA,

Malah Kalamullah tetap meyatakannya,

Balasan buat adam dan hawa tiada beda disisiNYA.

 

Aku jadi malu,

Tatkala sang hawa tanpa hijab malunya,

Mendedahkan kecantikannya buat tatapan bukan mahramnya,

Hanya untuk hiburan dan harta semata,

Dieksploitasi dirinya tanpa sedarnya.

 

Aku jadi malu,

Tatkala sang hawa diselubungi mungkar dan maksiat,

Hingga lupa pada ALLAH dan akhirat,

Azab neraka jahannam tidak di ingat,

Teriknya mahsyar yang akan menyengat.

 

Aku jadi malu,

Kerana aku jua seorang hawa,

Yang tanpa kata hanya dimata,

Melihat hawa lain dibuai persona dunia,

Yang hanya fana’ semata.

 

Aku jadi malu,

Kerana aku punya azam semata,

Menjadikan diri dan hawa lain muslimah yang diredhaiNYA,

Seharusnya ku mulakan tingkahku segera,

Supaya ku tidak disoal disana,

Di akhirat yang kekal selamanya.

Advertisements

2 thoughts on “Kerana aku jua seorang hawa…

  1. la syukran alal wajib…tanggungjawab am kongsikan puisi ni buat tatapan semua khususnya yg bergelar hawa^^~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s