Ramadhan Kareem

ramadhan___by_lakoubi_by_arabdesign

“Allahumma bariklana fi rajabi wasya’ban,wabalighna ramadhan”Ya Allah ya tuhan kami,berkatilah kami di bulan rejab dan sya’ban dan sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan.

Alhamdulillah,kita semua telah melalui bulan ALLAH iaitu rejab dan bulan Rasulullah SAW iaitu bulan sya’ban.Samaada esok ataupun lusa,bulan bg seluruh umat islam iaitu ramadhan akan tiba.Sudahkah kita bersedia utk menghadapi bulan yg penuh barakah ini?Moga-moga kita semua telah memuhasabahkan ramadhan kita yg lepas dan berazam utk menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna berbanding ramadhan-ramadhan yg lalu.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185) (surah Al-Baqarah)

Tidak perlu dihuraikan apakah istilah puasa kerana ana yakin kebanyakan diluar sana sudah menghafalnya semasa berada dibangku sekolah ataupun sudah tersemat di dalam fikiran masing2 apakah itu puasa.Puasa di bulan ramadhan merupakan rukun islam yg ketiga dan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan dibulan ini.Bg yang tidak berkemampuan ALLAH telah mengurniakan rukhsah(kemudahan) agar golongan ini mendapat peluang utk menghadapi ramadhan sebaik mungkin.

Apabila tiba bulan ramadhan,wujudnya 3 golongan manusia:

1-Golongan yang bersedih kerana terpaksa menahan lapar di bulan ini daripada terbit fajar hingga terbenam matahari tidak seperti hari2 kebiasaan boleh menikmati makanan enak pada bila2 masa yang dikehendaki.Golongan ini berpuasa kerana terpaksa kerana melihat orang yg disekelilingnya berpuasa.

2-Golongan yg bergembira kerana di bulan ini mereka dapat menambah pendapatan mereka dgn berniaga di bazar ramadhan atau di mana sahaja. Untungnya berlipat kali ganda berbanding bulan2 yg biasa.Yang membeli pula membeli mengikut hawa nafsu.

3-Golongan yang gembira kerana bulan ramadhan ini menjadi madrasah buat dirinya.Bulan utk mendidik diri dan bulan utk mengumpulkan pahala yang berganda-ganda.Bulan yang dipenuhi dgn amal kerana diawalnya rahmat dipertengahannya keampunan dan di akhirnya selamat daripada api  neraka.Golongan ini juga berusaha bersungguh-sungguh mencari malam lailatul-Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yg ketiga ini.Tidak salah utk mencari keuntungan dgn berniaga di bulan ramadhan,akan tetapi jgn mencari keuntungan dunia semata-mata.Perbanyakkanlah keuntungan akhirat itu sebagaimana kita ingin memperbanyakkan keutungan dunia atau lebih dari itu kerana itulah yg sebaiknya.

Sabda Rasulullah SAW:“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, Allah akan mengampunkan kepadanya dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang.”Sahih Bukhari.

Justeru itu muslimin dan mulimat sekalian,marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak ini dan ikhlaskan segala amalan kita hanya semata-mata kerana ALLAH dan bukan secara paksaan.Moga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh ALLAH dan kita tidak digolongkan dalam golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja di bulan ramadhan.Janganlah kita hanya secara jelas mengetahui istilah ramadhan tetapi tidak menghayati dan menjiwai bulan ramadhan itu sendiri.Hayya bina kita berlumba-lumba mencapai rahmah,keampunan dan diselamatkan daripada api neraka dalam penghulu segala bulan,bulan dibukakan pintu syurga seluas-luasnya ditutup pintu neraka serapat-rapatnya.Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s