Umi dan ayah.

 

ayah dan umi

ayah dan umi

Dua tiga malam ni susah sangat nak tido.Tapi ana memang jenis susah nak lelap bila tido tak kiralah tido awal ke lewat ke.Semalam banyak sangat faktor susah nak tido.Antaranya sebab selsema teruk,sakit gigi(wah,banyaknya sakit)tapi semua tu ujian tuhan kan jadi kene sabar.Tapi faktor paling major adalah ana teringat pada umi dan ayah.Setahun lebih x bersua muka dengan mereka(sungguh x sangka).Dahulu masa di asrama sebulan x boleh balik rumah menangis ana.Manakan tidak rumah jauh dari asrama jadi umi dan ayah tak dapat jenguk selalu.Tapi duduk asrama ni mendidik diri berdikari tanpa umi dan ayah disisi.Berbalik kepada persoalan umi dan ayah,semalam termuhasabah diri ana ni dah la anak sulung,selama ni ana tunaikan x tanggungjawab sebagai anak buat umi dan ayah?sedangkan umi dan ayah x pernah abaikan puteri2nya.Umi dan ayah selalu cuba bersungguh bersikap adil pada puteri2 mereka,adakah aku bersikap adil ke atas keduanya?

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (13:31)

Ayat Al-Quran pun menyatakan wajib untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Bila wajib tu maksudnye itu perintah ALLAH yang mesti kita laksanakan bukan?Berterima kasihkah kita selama ini pada ibu yang penat lelah sampai bengkak2 kaki  mengandungkan kita selama lebih kurang sembilan bulan?berterima kasihkan kita selama ini buat si ayah yang membanting tulang sehari harian mencari rezeki yang halal supaya kita membesar dengan baik?Mereka x pernah lupa mendoakan kebaikan kita setiap kali selesai solat tapi adakah kita pon seperti mereka?Mendoakan kan mereka setiap kali habis solat?

“Ya ALLAH ya tuhanku,Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan balasilah jasa mereka sebaimana mereka membesarkan kami dan menyayangi kami sejak kecil lagi.”

Marilah sama2 kita muhasabah diri kita kembali sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak buat kedua ibu bapa kita.Jadilah anak yang soleh dan solehah buat ibu dan ayah kita.Kasihnya ibu bawa ke syurga,kasihnya ayah tiada galang gantinya.Redha ALLAH ada pada pada redha kedua ibu dan ayah.

Umi dan ayah,ampunkan dosa2 amrah pada umi dan ayah selama ini ye.Amrah sayang sangat pada umi dan ayah.Ana hantar sms ni pada umi dan ayah baru ana boleh tido lena.Esok paginye dua2 balas sms ana dengan mengatakan umi dan ayah pon sayangkan amrah sangat!!!Mari kawan2 ucapkan sayang dan rindu pada ibu dan ayah masing2 supaya tersenyum si ibu dan ayah mendengar ucapan rindu dan sayang kita itu.

Advertisements

2 thoughts on “Umi dan ayah.

  1. ibubapa adalah anugerah Allah kepada setiap insan bergelar anak. Tapi bila mereka meningkat dewasa dan meningkat usia, adakah seorang anak masih menganggap ibubapa sebagai anugerah Allah atau adakah sebagai beban hidup kita. sama2 bermuhasabah dan berusaha menjadi anak yang soleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s