Hikmah itu indah.

Semalam ana baru berym dengan seorang sahabat rapat ana waktu di sbp dulu.Sahabat ana sedang bersedih kerana markah assignment utk mid examnya sekadar cukup2 makan sahaja.Jadi apa lagi,ana cuba memujuk sahabat ana dengan mengatakan”jgn risau,mesti ada hikmah disebalik markah yang cukup2 makan tu…la tahzan(jangan bersedih)”.Alhamdulillah kata2 ana tu sedikit sebanyak mengubat kesedihannya.Sahabat ana membalas kata2 ana”kamu ni dari sekolah dulu sampai sekarang asyik dengan perkataan ‘hikmah’ je bila ada masalah.positif la kamu ni”.Tersengih sendiri ana mendengar kata2 itu.Bukan tersengih sebab dia puji ana,tapi sebab rupanya sahabat ana ni ingat ape perkataan yang ana selalu sebut masa disekolah dahulu.Ini bermaksud dia mengenal ana dengan baik dan tidak lupa pada ana.Pointnya bukan pada kisah ana ini tapi pada perkataan ‘hikmah’ yang ana bicarakan bersama sahabat ana.Bila kita bersedih,marah ataupun putus asa sebenarnya semua perasaan tidak baik ini datangnya dari musuh ketat kita iaitu syaitan.Firman ALLAH;sabar_t2

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (01:216)

 

Jadi disini jelaslah bahawa ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambanya.Kita telah diajar dalam rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada’ dan qadar ALLAH swt.Kita sebagai hambaNYA haruslah redha dengan apa yang telah ALLAH sediakan buat kita.Tapi ini tidak bermaksud kita harus lepas tangan atau melepaskan batuk ditangga dalam setiap urusan tetapi kita harus berusaha sebaik mungkin,berdoa dan bertawakal kepadaNYA.Selepas dapat keputusan kita haruslah redha pada ketentuanNYA kerana setiap ketentuan ALLAH itu pasti ada hikmahnya.Mungkin hikmah tu datang agak lewat pada kita,tapi yakinlah pasti ada hikmah dalam setiap ketentuanNYA.Dan  percayalah bahawa hikmah itu sangat indah dan memberi banyak manfaat pada diri.Oleh kerana itu setiap kali diri ditimpa musibah,kita haruslah bersabar dan katakan pada diri”ada hikmah disebalik semua ini!”.Perkataan hikmah dapat menghapuskan semua perasaan tidak baik yang ana sebutkan pada awal2 tadi insyaALLAH.Jadi sahabat2 sekalian,la tahzan atas keputusan exam yang anta dan enti semua dapat,kerana pasti ada hikmah disebaliknya(peringatan untuk diri juga sebenarnya). Kaji balik segala titik kelemahan kita dalam sesuatu perkara dan perbaikilah kelemahan itu dengan azam yang kuat dan bersemangat!

Advertisements

2 thoughts on “Hikmah itu indah.

  1. rumus oh rumus.byk sangat rumus sampai keliru dan tersilap guna dalam soalan exam!xpe aina xpe…jom usaha lagi sampai berjaya!^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s