Archive | April 2009

Hikmah itu indah.

Semalam ana baru berym dengan seorang sahabat rapat ana waktu di sbp dulu.Sahabat ana sedang bersedih kerana markah assignment utk mid examnya sekadar cukup2 makan sahaja.Jadi apa lagi,ana cuba memujuk sahabat ana dengan mengatakan”jgn risau,mesti ada hikmah disebalik markah yang cukup2 makan tu…la tahzan(jangan bersedih)”.Alhamdulillah kata2 ana tu sedikit sebanyak mengubat kesedihannya.Sahabat ana membalas kata2 ana”kamu ni dari sekolah dulu sampai sekarang asyik dengan perkataan ‘hikmah’ je bila ada masalah.positif la kamu ni”.Tersengih sendiri ana mendengar kata2 itu.Bukan tersengih sebab dia puji ana,tapi sebab rupanya sahabat ana ni ingat ape perkataan yang ana selalu sebut masa disekolah dahulu.Ini bermaksud dia mengenal ana dengan baik dan tidak lupa pada ana.Pointnya bukan pada kisah ana ini tapi pada perkataan ‘hikmah’ yang ana bicarakan bersama sahabat ana.Bila kita bersedih,marah ataupun putus asa sebenarnya semua perasaan tidak baik ini datangnya dari musuh ketat kita iaitu syaitan.Firman ALLAH;sabar_t2

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (01:216)

 

Jadi disini jelaslah bahawa ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambanya.Kita telah diajar dalam rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada’ dan qadar ALLAH swt.Kita sebagai hambaNYA haruslah redha dengan apa yang telah ALLAH sediakan buat kita.Tapi ini tidak bermaksud kita harus lepas tangan atau melepaskan batuk ditangga dalam setiap urusan tetapi kita harus berusaha sebaik mungkin,berdoa dan bertawakal kepadaNYA.Selepas dapat keputusan kita haruslah redha pada ketentuanNYA kerana setiap ketentuan ALLAH itu pasti ada hikmahnya.Mungkin hikmah tu datang agak lewat pada kita,tapi yakinlah pasti ada hikmah dalam setiap ketentuanNYA.Dan  percayalah bahawa hikmah itu sangat indah dan memberi banyak manfaat pada diri.Oleh kerana itu setiap kali diri ditimpa musibah,kita haruslah bersabar dan katakan pada diri”ada hikmah disebalik semua ini!”.Perkataan hikmah dapat menghapuskan semua perasaan tidak baik yang ana sebutkan pada awal2 tadi insyaALLAH.Jadi sahabat2 sekalian,la tahzan atas keputusan exam yang anta dan enti semua dapat,kerana pasti ada hikmah disebaliknya(peringatan untuk diri juga sebenarnya). Kaji balik segala titik kelemahan kita dalam sesuatu perkara dan perbaikilah kelemahan itu dengan azam yang kuat dan bersemangat!

Ahlan Wasahlan.

Ain Asyikin binti Asrar

Ain Asyikin binti Asrar

Suci sungguh wajah seorang bayi yang baru dilahirkan.Tiada noda tiada dosa.Bukan sahaja mata orang yang melihat sejuk,hati pun turut sejuk sama.Ain Asyikin Asrar(3A) adalah sepupu ana yang baru.Baru mencecah usia lebih kurang tiga bulan tapi minggu exam ni baru pertama kali melihat raut wajah Ain.Hidung tomato dia iras sekali dengan hidung pakcik ana(macam hidung ayah ana.adik beradikla katakan).Ahlan wasahlan buat ain kak amrah ucapkan.Moga sentiasa tabah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di masa depan dan moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH selalu hendaknya.Doa kak amrah juga buat Ain moga menjadi muslimah sejati diredhai ALLAH dunia dan akhirat.Amin….

Umur sudah bertambah!

3238651396_e624d17c611

Aduh,umur sudah bertambah?bulan april ni ramai sahabat ana menyambut ulang tahun kelahiran ke-20.Jadi,sebelum memulakan tinta,ana ucapkan selamat hari lahir dan ma’assalamah selalu hendaknya kepada azza sofia(09/04),safura(12/04) dan juga miza(16/04).Doaku moga kalian dimurahkan rezeki,dan sentiasa dalam lindungan dan redha ALLAH SWT.Juga dipermudahkan dalam setiap urusan amin ya rabbal ‘alamin.Apabila umur sudah bertambah,ini bermakna bertambah sudah pengalaman diri dan ini secara tidak langsung mematangkan diri kita. Apabila diri sudah bertambah matang,kita sudah berfikir panjang dalam setiap urusan.Bukankah begitu?Jadi, bertambahnya usia kita, hadiah paling penting buat kita bukanlah anak patung,mug,barang mainan atau yang seumpama dengannya tetapi adalah muhasabah diri kembali sejauh mana amal kita selama kita hidup? bersediakah kita untuk berkumpul dan amalan kita diperhitung di padang mahsyar?teringin nak berkongsi satu ayat dalam Al-Quran:

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (30:54)

Kita manusia dilahirkan dalam keadaan yang lemah setelah ibu kita mengandungkan kita selama lebih kurang 9 bulan.Kemudian dari titik kita dilahirkan itu,semakin hari semakin umur bertambah ALLAH menjadikan kita bertambah kuat sehingga mampu berjalan ke hulu ke hilir.Tetapi kehulu kehilir kita itu adakah untuk ALLAH SWT? atau sekadar suka-suka dan sia-sia?Ingatlah sekuat mana pun kita berjalan di bumi tuhan ini,kita akan sampai satu tahap dimana kita akan kembali lemah sehingga malaikat maut menjemput kita ke alam barzakh.Jadi bersediakah kita?Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan moga kita tergolong dalam golongan yang ditunjukkan jalan yang lurus lagi benar oleh ALLAH SWT.Ya Rabbi,hidupkanlah kami dengan keimanan dan dalam redhamu,matikanlah kami juga dengan keimanan dan dalam redhamu.Amin-amin ya Rabbal ‘alamin.