ikatan akidah antara kita

Daku sedar betapa bencinya kau padaku.Setiap bait kata-kataku,setiap langkah perjalananku,setiap renungan mataku,segala perihal tentangku semuanya tidak pernah betul dimatamu.Melalui renung matamu dapat ku tafsir”kau pikir kau baik sangat!!!”bukankah ungkapan ini selalu terbit di ruang hatimu?

Tapi ketahuilah,daku tidak pernah berniat untuk menunjukkan kebaikan ku padamu apatah lagi membuatkan dirimu benci padaku.Niatku satu.Semuanya keranaNYA.Daku tahu diri ini tidak sempurna kerana manusia seJanji ALLAHmemangnya¬†tidak boleh lari dari kesilapan.Tidak mahu aku terus melihatmu terus hanyut dalam pesona dunia yang fana’ ini.Tidak mahu aku melihatmu terpesong jauh dari jalan yang lurus dan benar.Tidak mahu aku melihatmu mensia-siakan masa mudamu.Apakah kau masih tidak mengerti bicara hatiku?

Terkadang aku seakan-akan berputus asa apabila aku gagal mengajak mu ke jalan kebaikan.Sesekali perasaan benci akan diri menusuk ke hati kerana tidak mampu menjaga mu dari terus hanyut jauh.Tapi kata-kata pendorong telah menyelamatkan aku dari berputus asa.Seringkali aku ingatkan diri bahawa aku tidak menarik dirimu ke arahku akan tetapi ke arah ALLAH SWT.Aku hanya perlu berusaha sehabis baik dan biarlah ALLAH yang menilai hasil usahaku dan memberikan segala putusan.Daku yakin dengan penilaian ALLAH SWT.

Apakah kau akan terus membenci diriku?Kebencian mu tidak akan meruntuhkan semangatku untuk terus memipin mu ke jalan kebaikan.Sesungguhnya hati aku terbuka untuk menerima segala teguranmu andai diri ini telah melakukan kesilapan.Dalam setiap doaku tidak pernah aku melupakan mu agar sentiasa diberi petunjuk dan dirahmati olehNYA.Moga kau tahu bahawa kau dan aku mempunyai satu ikatan yang kukuh iaitu IKATAN AKIDAH dan pinta hati kecilku moga kita tidak terpisah daripada ikatan yang suci ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s